
Hari ini tanggal 24 November 2013, satu lagi kedai konsep / bilik pameran Elyza’s akan dilancarkan secara rasmi. Bertempat di Wangsa Maju berhampiran Wangsa Walk Mall, kedai konsep yang membekalkan pelbagai produk perhiasan tingkap dan idea perhiasan rumah yang inovatif mengikut citarasa pengguna. Lokasi Elyza’s Wangsa Maju dipilih kerana kawasan yang strategik dan sesuai untuk bilik pameran. Ia merupakan cawangan francais ke-3 dan yang terbaru. Elyza’s akan melebarkan sayapnya dengan membuka dua lagi cawangan francais di Shah Alam dn Senawang tidak berapa lama lagi.