RSS

Transformer Expo Malaysia 2014 | Ekspo Transformers Terbesar Di Asia

04 Feb
Transformer Expo Malaysia 2014 | Ekspo Transformers Terbesar Di Asia

Optimus Prime dan Bumblebee merupakan dua watak dalam cerita Transformers, kini berada di Arena of Stars Resort World Genting dari 31 Januari 2014 hingga 16 Febuari 2014. Sempena ulangtahun ke-30 Transformers, Hasbro memulakan sambutan pertama di Malaysia. Ini memeriahkan lagi sambutan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Transformers Expo Malaysia 2014 adalah kolobrasi antara Hasbro sebagai pemegang jenama Transformers, Resorts World Genting sebagai penaja lokasi dan Target Exposition Sdn Bhdsebagai penganjur acara.

Pada 28 Januari lalu, aku berpeluang mengikuti pelancaran Transformers Expo Malaysia 2014 di Arena of Stars Genting. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Turut hadir pada upacara tersebut ialah Dato’ Seri Lee Choong Yan (Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad) dan En. Raymond Tew (Ketua Pegawai Eksekutif Target Exposition Sdn Bhd).

Launch Transformers Expo Malaysia 2014

Menurut En. Raymond Tew, ini merupakan pameran Transformer yang pertama terbesar pernah diadakan. Sebanyak RM5 juta telah dilaburkan untuk pameran ini dan dua watak utama iaitu Optimus Prime (23 kaki tinggi) dan Bumblebee (18 kaki tinggi) bernilai hampir RM2 juta menjadi tarikan utama ekspo tersebut.

Resorts World Genting amat berbesar hati menjadi sebahagian kepada acara sambutan seluruh dunia sempena ulangtahun ke-30 Transformers, kata Dato’ Seri lee Choong Yan. Tambah beliau, dengan adanya ekspo ini akan menarik lagi peminat-peminat Transformers bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara juga untuk berkunjung ke Genting.

Saya sebenarnya baru tahu apa itu Transformers, maklum la 30 tahun dulu saya sibuk sebab baru mula dalam arena politik, ucap YB Dato’ Seri Mohamed Nazri. Dato’ Seri berbangga dengan kebolehan artis Malaysia yang mencipta patung kecil Optimus Prime (7 meter tinggi) dan Bumblebee (5.4 meter tinggi) yang menjadi tumpuan utama ekspo itu.

Terdapat 6 dewan pameran pada Transformers Expo Malaysia 2014:

Dewan 1 – Paparan sejarah kisah Transformers dari mula hingga ke hari ini disusuli dengan 1,520 koleksi memorabilia yang disumbangkan oleh TransMy (peminat tegar Transformer Malaysia).

Hall 1

Dewan 1 – Sejarah Transformers & Koleksi TransMy

Dewan 2 – Mempamerkan kereta Chervolet model Camaro yang ditunjukkan dalam wayang cerita Transformers. Siapa lagi kalau bukan Bumblebee yang bertukar jadi kereta Camaro tu.

Hall 2

Dewan 2 – Chervolet Camaro

Dewan 3 – Ini adalah War Zone dimana anda akan berjalan melalui terowong 3D dengan persembahan karakter dari filem-filem Transformers.

Hall 3

Dewan 3 – War Zone

Dewan 4 – Transformer Cybertron World iaitu ke dimensi lain, penuh misteri dan gelap…kalau berani masuk ya.

Dewan 5 – Terowong 3D Toshiba ini menempatkan 6 unit 84 inci Toshiba 4K Ultra HD resolusi skrin yang lengkap dengan teknologi interaktif terkini. Anda akan dapat mengalami teknologi 3D mapping dunia Cybertron.

Hall 5

Dewan 5 – Toshiba 3D tunnel

Dewan 6 – Di Arena of Stars ini menempatkan model Optimus Prime (23 kaki tinggi) dan Bumbleebee (18 kaki tinggi). Patung-patung ini adalah baru dan dibuat serta pasang oleh tim artis Malaysia sendiri.

Optimus Prime

Optimus Prime @ 23 kaki tinggi

Bumblebee

Bumblebee @ 18 kaki tinggi

Me Sohoque Kisah Tatie

bersama Ishak dan Tatie

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasakan pengalaman yang menarik ini, hanya di Transformers Expo Malaysia 2014.

transformers brosur

Transformers di Arena of Stars Genting, Resorts World Genting
[foto ehsan http://www.rwgenting.com]

Untuk menempah tiket, anda boleh layari laman web Resorts World Genting dan laman web MyDeal. Harga-harga tiket seperti berikut:

  • RM45 – kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun.
  • RM55 – dewasa.
  • RM45 – warga tua berumur 60 tahun keatas.
  • Percuma – kanak-kanak bawah 4 tahun.
  • RM180 – pakej keluarga untu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Laman Web: www.transformersmal.com.my

Laman Facebook: www.facebook.com/transformersmal

Emel: transformers@targetexpo.com.my

Telefon: +603 62592697

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2014 in entertainment, event

 

Tags: , , , , , , , , ,

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

broframestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: