RSS

Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil

02 Jan
Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil

Tidak seperti percutian tradisional yang biasa, pelayaran istimewa SuperStar Libra dengan Pak Nil baru-baru ini menarik ramai peminat beliau untuk bercuti dengan ikon Malaysia tersohor ini?

Santai Travel Bersama Pak Nil

Sejak pasaran untuk percutian pelayaran mulai diperkenalkan pada tahun 1970-an, pilihan untuk bercuti semakin bertambah. Adakah pelancong akan memilih pakej percutian pelayaran standard atau percutian pelayaran kontemporari? Atau adakah pelancong akan mengambil pakej yang mempunyai kelebihan seperti inclusive package deals?yang sering ditawarkan oleh kapal persiaran mewah? Atau kesemua pilihan yang ada di atas dan bercuti bersama Pak Nil di atas kapal persiaran mewah SuperStar Libra?

Terdapat banyak pilihan untuk belayar bersama selebriti pada masa sekarang tetapi yang benar-benar menarik perhatian saya apabila ikon terkenal Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi mengajak peminatnya untuk bercuti di atas kapal SuperStar Libra. Pakej pelayaran ini adalah hasil inisiatif pihak Star Cruises dan Malaysian Harmony Tour & Travel dengan kerjasama Majalah Santai Travel. Pak Nil nyata kelihatan sangat teruja dapat bercuti bersama lebih tiga ratus peminat tegar beliau untuk pertama kalinya sejak 24 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan. Turut serta mengikuti pelayaran ini adalah beberapa rakan media dari media cetak dan media elektronik.

Bukan Percutian Biasa

Tidak seperti percutian biasa yang pernah anda alami, percutian bersama Pak Nil kali ini tetap menjanjikan pancaran matahari, pasir dan laut. Tetapi yang paling istimewa program ini adalah kepelbagaian aktiviti yang telah dirancang khas buat mereka yang mengikuti percutian pelayaran kali ini. Segala yang disediakan oleh pihak penganjur, Malaysian Harmony Tour & Travel layak diberi pujian. Sebuah kaunter khas, Kaunter Belayar Bersama Pak Nil memudahkan urusan daftar masuk peserta di Penang International Cruise Terminal dan anak-anak kapal juga kelihatan begitu ramah.

Pak Nil Dan Peminat

Selepas belayar lebih daripada dua tahun dengan kapasiti maksimum sehingga 1,500 penumpang, SuperStar Libra kini mempunyai satu restoran halal yang diiktiraf oleh JAKIM di atas kapal iaitu  Restoran Spices di dek 10. Apa yang pasti dengan kemudahan mesra Muslim ini, SuperStar Libra kian mendapat tempat di hati pelancong Muslim. Sebaik sauh diangkat, SuperStar Libra belayar dari Pulau Pinang ke destinasi eksotik, Phuket dan Krabi di Thailand setiap minggu mulai Ahad hingga Rabu.

Pengalaman Manis

Sebaik kaki menjejak di atas kapal ini, sesi suai kenal diadakan di Star Dust Lounge. Sambil menikmati hidangan minum petang, Pak Nil mengejutkan para peminatnya dengan berpakaian seperti kapten kapal. Pada usia 51 tahun, beliau kelihatan segak dan tampan bergaya. Jelas kelihatan karisma beliau sebagai penghibur apabila jenaka spontan menggamatkan suasana. Ini membuktikan yang Pak Nil masih mempunyai sengat!! Personaliti Pak Nil nyata menawan hati para peminatnya dari umur 6 hingga 60 tahun. Peminat yang mengikuti percutian ini, bercuti bersama idola mereka menjadikan ia satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Pak Nil Menyambut Peminat

Aktiviti di pagi Isnin bermula dengan program fun with Pak Nil berdekatan kawasan kolam renang di dek 9. Saya menjangkakan Pak Nil akan mengajak kami semua melakukan senaman ringan tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan. Pak Nil tahu ada kanak-kanak yang turut serta dalam program ini. Satu tele-matches telah diadakan. Permainan seperti bertukar belon, berbaris di satu barisan panjang dan permainan marry-go-round membolehkan sesetengah daripada kami memenangi wang tunai dan pingat emas.

Aktiviti Bersama Pak NilPak Nil Di Atas SupeStar Libra

Pengalaman bersama Pak Nil nyata seperti melihat beliau di kaca televisyen. Tidak seperti celebriti yang lain, Pak Nil tiada album ataupun filem untuk dipromosikan. Ia juga bukan program amal atau mini-cruise sehari bersama Pak Nil. Dengan jadualnya yang begitu padat, ternyata Pak Nil berada di atas kapal persiaran ini bersama peminat semata-mata untuk bercuti dan bergembira. Bagi saya ia satu pengalaman yang cukup bermakna.

Parti Baju Tidur

Pyjamas Party Bersama Pak Nil

Keriangan sepetang bersama Pak Nil diteruskan lagi apabila  pyjamas party atau parti baju tidur diadakan pada hari kedua. Ini merupakan parti baju tidur saya yang pertama bersama lebih 300 peserta. Ia diadakan juga bersempena untuk menyambut harijadi Pak Nil yang ke-51. Bagi menunjukkan keikhlasan hati dan penghargaan buat peminat, Pak Nil telah berada satu hari lebih awal di atas kapal untuk menyiapkan cup cakes dan kek blueberry cheese gergasi khas buat peminatnya. Cukup bertuah kami semua dapat merasa air tangan Pak Nil sendiri. Acara ditamatkan dengan penukaran hadiah di kalangan peserta sebagai tanda ingatan.

Birthday Cake Pak Nil

Ini merupakan kali pertama Star Cruise belayar dengan selebriti yang mempunyai pengaruh yang besar, jadi pasti wang yang dibelanjakan amat berbaloi. Dengan berjayanya program ini, pasti akan ada lagi program sebegini di masa akan datang. Boleh dikatakan kapal ini penuh dengan peminat Pak Nil. Masa inilah yang digunakan untuk bergambar serta berkongsi pengalaman dengan beliau.

Surprise Birthday Cake Untuk Pak Nil

Jom Belayar Dengan SuperStar Libra

Terdapat pelbagai pakej yang direka khas oleh SuperStar Libra untuk memberikan lebih nilai kepada mereka yang menempah percutian pelayaran. Setiap pelayaran mempunyai cara dan elemen yang berbeza. Anda boleh memilih untuk belayar dari Singapura dua kali seminggu menggunakan SuperStar Virgo manakala dari Pulau Pinang empat kali seminggu (Ahad, Rabu, Khamis dan Jumaat). Harga bermula dari RM969 sehingga RM2,200 untuk seorang. Saya diberitahu yang hampir 70,000 pelancong telah belayar sejak 2012, menyaksikan peningkatan 10% dari tahun sebelum ini menggunakan kapal SuperStar Libra. Apa yang pasti, kapal persiaran adalah antara industri terbesar dalam sektor pelancongan di bandar-bandar besar seluruh dunia. Percutian dengan kapal pelayaran memberikan banyak kelebihan berbanding percutian biasa. Ini adalah kerana anda dapat melancong ke beberapa negara dan destinasi yang berlainan dalam satu masa. Selain itu semua perkhidmatan yang tersedia telah dibayar terlebih dahulu jadi tiada kos yang tersembunyi. Dari skala 1 ke 10 (10 sukar diberikan kerana semuanya harus sempurna), saya berikan rating keseluruhan 7.5 hingga 8. Saya tidak sabar untuk mendengar pengalaman pelayaran yang menarik dalam tahun yang mendatang!

Pelayaran seterusnya bersama Datuk Aznil Hj Nawawi di “Program Belayar bersama Pak Nil” pada 6 April 2014 – Penang/Langkawi/Phuket/Penang. Tandakan di kalendar anda!

Kredit Artikel

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on January 2, 2014 in event, travel log

 

Tags: , , , , , , , ,

One response to “Berpesta Di Samudera Bersama Pak Nil

  1. leeza dayasari

    January 5, 2014 at 1:26 pm

    ewah NN…. happy kaaaaa

     

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

Bro Framestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: