RSS

Tahun Melawat Malaysia 2014

01 Jan
Tahun Melawat Malaysia 2014

Kini sudah tiba, tahun baru telah menjelma menandakan bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) atau Visit Malaysia Year 2014 (VMY2014). Ia merupakan misi nasional yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia tak kira umur, bangsa dan latar belakang. Setiap rakyat Malaysia harus berbangga, secara tidak langsung menjadi duta pelancongan negara dan memainkan peranan yang besar supaya sasaran kunjungan seramai 28 juta pelancong asing tercapai.

Visit Malaysia Year 2014

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menggaturkan pelbagai aktiviti bagi menjayakan TMM2014. Bagi pembuka tirai acara, pada 4 Januari 2014 jam 5 petang bertempat di Dataran Merdeka akan berlansung Pelancaran Gilang Gemilang Tahun Melawat Malaysia 2014. Mari turun beramai-ramai bagi memeriahkan acara tersebut.

vmy opening 2014

Maskot TMM2014

Monyet Proboscis atau nama saintifiknya “Nasalis Larvatus” juga dikenali sebagai monyet hidung panjang atau Bekantan. Orang tempatan juga menamakan haiwan ini sebagai Orang Belanda (Dutchman) kerana bulunya keperangan dan badannya yang berperut buncit dan berhidung panjang.

Proboscis Monkey

Monyet ini tidak takut pada manusia malah ‘peramah’ dengan tetamu yang berkunjung ke kawasan haiwan itu. Monyet ini hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo, dikawasan paya bakau, hutan pinggir sungai, air jernih dan hutan paya gambut.

Monyet peramah ini semakin pupus dan dikategorikan antara haiwan terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) di bawah Senarai Merah Spesis Terancam.

Pada 21 Oktober 2013, Monyet Proboscis ini telah dipilih menjadi maskot untuk TMM2014.

Cuti Umum Malaysia 2014

Kita juga patut mengambil peluang untuk turut melancong ke destinasi-destinasi menarik di Malaysia ini. Bagi memudahkan membuat perancangan, disertakan kalendar yang menunjukkan cuti umum sepanjang tahun 2014:

Cuti-Cuti Malaysia nazbdb

Untuk mendapat tarikh-tarikh cuti dengan terperinci, sila klik pautan ini —>> One Stop Malaysia – 2014 Holidays.

Tahun Baru & Tahun Melawat Malaysia 2014

Semoga Malaysia terus makmur dan maju… Selamat Tahun Baru 2014 & Salam Tahun Melawat Malaysia 2014!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2014 in event, travel log

 

Tags: , , , , , , , , ,

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

Bro Framestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: