RSS

Projek IQRA’ Perlukan Sukarelawan

31 Dec
Projek IQRA’ Perlukan Sukarelawan

Pada 28 Disember yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama Bro Mawardi Yunus dan blogger-blogger yang lain turut serta dalam Majlis Sembang Teh Tarik Projek Iqra’ di Bangi Kopitiam Taman Melawati. Majlis santai ini adalah untuk preview perancangan tahun 2014 serta mendapatkan maklum balas untuk mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti Projek IQRA’ ini.

Sembang Teh Tarik Projek Iqra'

Projek IQRA’ ini adalah usaha murni PERTUBUHAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (PPM-006-14-25012013), sebuah badan NGO berdaftar yang memfokuskan kepada projek sukarelawan bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Projek ini menggunakan platfom pendidikan dan kemahiran hidup yang berterusan untuk merealisasi impian dan cita-cita anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakt. Aku memang respek dengan saudara Muhammad Solleh Mahfoz, saudara Suhaimi Abdul Manan dan saudari Sharifah Sharina Syed Aswad kerana membentuk pasukan Projek Iqra’ ini. Kini mereka dibantu oleh 4 orang sahabat lagi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

Projek Iqra Team

dari kiri: Solleh, Sharifah & Suhaimi

Aktiviti-aktiviti Projek Iqra’ untuk tahun 2014 telah siap dirancang dan akan dilaksanakan. Saksikan montage video Projek Iqra’ 2014:

Sehubungan dengan itu Pasukan Projek Iqra’ ini memerlukan anda bagi membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bagaimana anda boleh membantu? Anda boleh menjadi….

  1. Sukarelawan
    • menyumbang tenaga dalam membantu kerja-kerja yang akan dilakukan di Projek Iqra’ samada dalam bentuk luangan masa atau skil anda seperti mengajar fotografi, motivasi dan sebagainya.
  2. Penaja
    • menaja pendidikan anak yatim melalui Tabung Pendidikan IQRA. Plan ini bakal memberikan perlindungan dan simpanan untuk pendidikan untuk anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat yang boleh dikeluarkan selepas mereka berusia 18 tahun.
    • menaja dengan produk dan servis yang relevan (individu & korporat).
    • menaja program-program yang dijalankan dari semasa ke semasa.
  3. Rakan Komuniti
    • melibatkan diri dalam aktiviti komuniti setempat bersama anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.
    • memberikan maklumat  anak-anak yatim, fakir miskin, zakat asnaf yang berpotensi untuk ditaja kepada Projek Iqra’ untuk diuruskan pendaftaran pelan pendidikan anak tersebut.
    • menyebarkan maklumat mengenai Projek Iqra’ samada melalui jaringan laman sosial samada secara online atau offline.
    • mendoakan projek ini berjaya.

Bagi yang ingin menjadi sukarelawan boleh mendaftar di sini –>> Sukarelawan Projek Iqra’. Segala maklumat dan update tentang Projek Iqra’ boleh didapati di sini:

Projek Iqra media social

Marilah bersama-sama membantu anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat yang memerlukan….Kami dah jadi sukarelawan, anda bila lagi?

Sukarelawan Projek IQRA'

foto ehsan Bro Mawardi

 

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain”

(H.R Al-Baihaqi)

Advertisements
 
4 Comments

Posted by on December 31, 2013 in event

 

Tags: , , , , ,

4 responses to “Projek IQRA’ Perlukan Sukarelawan

  1. Projek Iqra'

    January 5, 2014 at 8:18 pm

    terima kasih atas sokongan 🙂

     
  2. AS

    January 31, 2014 at 11:28 pm

    Assalammualaikum,
    Saya nak tanya, macam mana kalau saya dan kelab di kolej saya untuk turut serta menjadi sukarelawan bagi projek ini??

     
    • nazbdb

      February 1, 2014 at 12:31 am

      As salam AS, boleh terus hubungi AJK Persatuan: Solleh – 0176702033, Suhaimi – 0192175597, Sharifa – 0172748904 untuk menjadi sukarelawan.

       

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

broframestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: