RSS

IL DIVO di Genting Mac 2014

30 Dec
IL DIVO di Genting Mac 2014

Kepada peminat-peminat IL DIVO pasti akan menantikan kemunculan kumpulan ini di Malaysia pada Mac 2014 nanti. Empat jejaka kacak dan tampan terdiri dari Sebastian Izambard, Carlos Marin, David Miller dan Urs Buhler akan membuat persembahan di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands pada 14 dan 15 Mac 2014.

IL DIVO press conferenceSatu sidang media telah diadakan pada 27 Disember 2013 di restoran Maison Francaise bagi berkongsi maklumat lanjut mengenai konsert ini.

IL DIVO PC2

IL DIVO, sebuah kumpulan multi-platinum, akan melancarkan album Broadway pertama “A Musical Affair” di Malaysia. Konsert kali ini akan lebih hebat kerana berkonsepkan adengan dan suasana broadway serta di persembahkan di Arena of Stars yang mempunyai sistem bunyi terbaik dunia.

Persembahan ini mendapat sokongan dari Malaysia Major Events, salah satu divisyen Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  Kami amat berbangga kerana bekerjasama dengan Resorts World Genting membawakan konsert eksklusif IL DIVO ke Malaysia, kata En. Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events. Tambahnya lagi, konsert ini sememangnya akan memberikan impak kepada Tahun Melawat Malaysia 2014 (Visit Malaysia Year 2014) di mana akan menggamit peminat-peminat negara jiran untuk datang ke Kuala Lumpur semasa persembagan mereka.

Konsert yang bertemakan  “IL DIVO – A Musical Affair: The Greatest Songs of Broadway Live” diadakan hasil dari kejayaan konsert di teater Marquis New York. Album ini memuatkan kompilasi lagu-lagu dari persembahan Broadway seperti Phantom of the Opera, Carousel dan West Side Story. Juga menampilkan duet bersama Barbara Streisand, Kristin Chenoweth, Nicole Scherzinger, Heather Headley dan Michael Ball.

Tiket-tiket akan mula dijual bermula 2 Januari 2014 pada harga bermula RM180, RM280, RM390, RM590, RM790 dan RM980. Berita baik buat ahli-ahli kad Genting Rewards, 20% diskaun akan diberikan kepada 1,000 yang pertama membeli tiket mereka ( untuk tiket PS1 to PS4). Selepas promosi itu ahli-ahli masih boleh mendapatkan diskaun 10%. Jadilah ahli kad Genting Rewards sekarang, pendaftaran PERCUMA dan mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, sila hubungi 03-2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2013 in event

 

Tags: , , , ,

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

Bro Framestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: