RSS

Elyza’s Pakar Penghias Tingkap

24 Nov
Elyza’s Pakar Penghias Tingkap

Hari ini tanggal 24 November 2013, satu lagi kedai konsep / bilik pameran Elyza’s akan dilancarkan secara rasmi. Bertempat di Wangsa Maju berhampiran Wangsa Walk Mall, kedai konsep yang membekalkan pelbagai produk perhiasan tingkap dan idea perhiasan rumah yang inovatif mengikut citarasa pengguna. Lokasi Elyza’s Wangsa Maju dipilih kerana kawasan yang strategik dan sesuai untuk bilik pameran. Ia merupakan cawangan francais ke-3 dan yang terbaru. Elyza’s akan melebarkan sayapnya dengan membuka dua lagi cawangan francais di Shah Alam dn Senawang tidak berapa lama lagi.

Elyza's Wangsa Maju

Konsultasi 3D

Apa yang menarik adalah konsultasi mereka dalam bentuk 3D yang diberikan secara percuma kepada pelanggan mereka. Konsultasi 3d ini adalah sebuah software hiasan dalaman ciptaan mereka sendiri yang dikenali EASSY DECOR, menelan belanja hampir RM400 ribu untuk membangunkannya. Pelanggan akan melihat sendiri perhiasan tingkap yang dipilih mereka secara digital sama ada mereka suka atau tidak sebelum membuat keputusan pembelian. Ia mengurangkan risiko ketidakpuasan hati membuat pembelian dan pelanggan akan lebih berani bereksperimentasi rekaan dan warna yang berbeza. Hanya dengan 6 langkah mudah seperti berikut:-

  1. Langkah 1 – pilih ruang bilik, tingkap serta jenis pintu dan masukkan ukurannya,
  2. Langkah 2 – masukkan perabot dan aksesori lain,
  3. Langkah 3 – applikasikan template lampu, siling dan lantai,
  4. Langkah 4 – tukarkan ruang bilik tadi dari format 2D kepada format 3D,
  5. Langkah 5 – pilih stail dan fabrik kegemaran anda untuk perhiasan tingkap,
  6. Langkah 6 – persembahkan ruang tadi kepada format 3D yang realistik.

Eassy Decor Software

Kedai konsep ini juga turut menawarkan pelbagai rangkaian produk fabrik dan perhiasan tingkap berkualiti termasuk sistem trek langsir, penyokong langsir, sistem bermotor, kemasan bahagian tepi, kepala tirai (pelmet), cadar katil dan sofa. Yang lagi menarik adalah jaminan atau warranty yang panjang untuk fabrik (2 tahun), sistem trek langsir (5 tahun) dan sistem bermotor (10 tahun); tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelmet

Sempena pelancaran hari ini banyak tawaran dan diskaun yang diberikan. Jadi jom serbu ramai-ramai ke ELYZA’S House of Window Dressings, G Art Fashion House di 21G, Jalan Wangsa Delima 1A, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur atau emel elyzawm@gmail.com atau facebook Elyza’s Concept Store Wangsa Maju KL.

Elyza's Map

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2013 in review

 

Tags: , , , , , , ,

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
www.nazlannasir.com

lifestyle . food . tech . automotive . travel . event

Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

broframestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: