RSS

Pelancaran Video Brosur

19 Nov
Pelancaran Video Brosur

16 November 2013: Jam 3 petang bertempat di Khadijah’s Kitchen PV128 Setapak, berlangsung acara pelancaran Video Brosur. Pelancaran ini adalah usahasama di antara Bleu Nagas Production selaku pemilik produk tersebut dan Blooggers Dot Com.

Video Brosur

Juru acara pada hari itu adalah saudara Hasrul Rizal dan otai lama saudara Isma Isma Halil Hamzah & Hasrul RizalHalil Hamzah. Mereka memulakan majlis dengan persembahan klip video mengenai Video Brosur. Kemudian CEO Bleu Nagas Production Sdn Bhd, En. Moha Krishna memberi sepatah dua kata disusuli oleh saudara Rosmadi Shakri (MrJocko) dari Blooggers Dot Com.

Produk Hot

Video Brosur adalah produk terbaru dari Bleu Nagas Production Sdn Bhd yang memaparkan konsep pemasaran video yang memberi solusi inovatif kepada semua dari pemilik perniagaan hingga ke institusi latihan. Ia amat Mudah, Murah dan Cepat sesuai dengan moto produk mereka “Marketing Made Easy”.

Video Brosur adalah pemasaran jenama melalui video yang pertama dan telah di daftar tanda danganan (trademark) di Malaysia. Ia menggabungkan penyampai yang profesional, visual video serta gambar, animasi, intro & outro, kesan efek bunyi dan muzik bersesuaian dengan keperluan penjenamaan anda. Bukan setakat itu sahaja, anda hanya melaburkan separuh dari kos produksi dan menjimatkan separuh proses penyediaan video anda.

Terdapat 3 pakej untuk anda pilih:

Video Brosur Pakej

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini anda boleh menghubungi 1300-888-977, secara online di www.videobrosur.com.my atau melalui facebook store di https://www.facebook.com/VideoBrosurSME/app_251458316228.

Khadijah's PerformanceAcara diteruskan dengan hidangan lagu-lagu dari Adam Tan dan Dato Khadijah Ibrahim. Yang memikat hati adalah lagu evergreen dendangan Dato Khadijah “Doa Buat Kekasih”…sedap walaupun Dato tidak begitu sihat. Tetapi yang memukau adalah rendisi lagu “Getaran Jiwa” sungguh menusuk kalbu ku.VideoBrosur2

Diselingkan dengan lucky draw dan games  untuk geng-geng #blooggersdotcom yang berlarutan hingga jam 5 petang sebelum di akhiri dengan acara memotong kek oleh En. Mohan dan Saudara Rosmadi. Memang santai dan apa yang penting majlis berjalan lancar dengan jayanya. Well done to Bleu Naga Productions dan Blooggers Dot Com!

Tak lupa juga ucapan penghargaan yang teramat sangat-sangat kepada penaja-penaja yang bermurah hati menaja acara ini:-

  1. Idea Master (https://www.facebook.com/IdeaMasterPage)
  2. By Puji (https://www.facebook.com/bypuji)
  3. Car Stickers Malaysia (https://www.facebook.com/CarStickersMalaysia)
  4. Rilgis Pro Sticker (https://www.facebook.com/RilgisProSticker)
  5. Cheez & Choc (https://www.facebook.com/cheeznchoc)
  6. Coklatmanis2u (https://www.facebook.com/pages/Coklatmanis2u/312184725471137)

VB with Blooggers

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on November 19, 2013 in event

 

Tags: , , , , ,

One response to “Pelancaran Video Brosur

tinggalkan komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Mawardi Yunus

berblog dan berkongsi...

Kitepunye Dot Com

berblog dan berkongsi...

denaihati.com/

Just another WordPress.com site

Bro Framestone

berblog dan berkongsi...

Glamorous MrJocko : Travel Blogger

Part time Jutawan, Full time Blogger

%d bloggers like this: